Followers

Monday, June 4, 2012

Cuti Bersalin bagi Pekerja Wanita mengikut Akta Pekerjaan 1955

Cuti bersalin adalah salah satu aspek dalam perundangan buruh yang sering dilihat sebagai isu yang kurang penting jika dibandingkan dengan isu-isu pekerja yang lain contohnya, isu gaji.
Ini amat menyedihkan bilamana hakikatnya, cuti bersalin untuk pekerja wanita telah diiktiraf sebagai salah satu hak asasi wanita bekerja yang perlu dilindungi dan direalisasikan oleh negara.
Perkara 11(2)(b) Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) menyatakan bahawa negara ahli harus memperuntukan cuti bersalin berbayar atau dengan faedah sosial yang berkadaran dengannya tanpa hilang pekerjaan, senioriti dalam pekerjaan atau elaun sosial.

Malaysia telahpun menandatangani konvensyen ini pada tahun 1995 dan menerima Perkara 11(2)(b) sepenuhnya. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memenuhi kewajipannya di bawah konvensyen tersebut.

Mengikut peruntukan Akta Kerja 1955 (Akta 265) pula, pihak majikan wajib memberi cuti bersalin berbayar selama 60 hari berturut-turut untuk pekerja wanita yang melahirkan anak kepada pekerja wanita tidak kira beliau bertaraf tetap atau kontrak asalkan memenuhi kriteria berikut:-

a) melahirkan anak pertama hingga kelima
b) gaji di bawah RM2000
c) telah bekerja selama 4 bulan berturut sebelum melahirkan anak.

bukan apa, masih ada lagi sesetengah syarikat yang masih menafikan hak pekerja wanita terutama pekerja bertaraf kontrak.

bagaimana nk cegah ini semua dr berlaku? yg penting semasa pemilihan dan merekrut pekerja untuk jawatan HUMAN RESOURCE terutamanya... pihak pengurusan sepatutnya mengambilkira pengalaman dan pengetahuan seseorang pekerja itu mengenai akta terlebih dahulu. bukan nye semasa interview tanya latar belakang semata-mata.

kepada pekerja wanita yang teraniaya seperti ini (tak dpt cuti bersalin atau cuti bersalin di beri tapi tidak bergaji) boleh rujuk ke pejabat Jabatan Tenaga Kerja yg berdekatan.

http://jtksm.mohr.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=264%3Awilayah-persekutuan&catid=55%3Ahubungi-kami&Itemid=660&lang=en


p/s: dan kepada syarikat yang takot nk amik pekerja wanita yang sedang mengandung... sila la teliti akta pekerjaan 1955 ni dulu. boleh appoint wanita mengandung yang kandungan nye lebih 5 bulan kerana syarikat tidak perlu byr gaji pekerja sbb dia tak memenuhi kriteria di atas.






sharing is caring by iNs

No comments:

Post a Comment