Followers

Thursday, July 19, 2012

Hukum Puasa Bg wanita Hamil n Menyusu

HUKUM PUASA IBU HAMIL PADA SETIAP BULAN RAMADAN ( IBU MENYUSU JUGAK ok....)

Dr Abd Hayei Bin Abd Shukor, (Ahli Jawatankuasa Fatwa MKI) berkata dalam laman blognya :

Saya lebih cenderung kepada pendapat yang mengatakan wanita yang kerap hamil dan menyusu anak kecil pada bulan Ramadan hendaklah membayar fidyah sahaja tanpa qada (ganti) puasa yang tertinggal. Pendapat ini didukung oleh Ibn Umar dan Ibn Abbas dan lain-lain. Pendapat ini juga dilihat sebagai lebih bersimpati dengan kaum wanita yang menghadapi masalah-masalah kwanitaannya.
Kaum ibu di luar bandar pada hemat saya lebih banyak menghadapi masalah ini. Setiap kali Ramadan tiba, mereka sama ada dalam tempoh bersalin atau menyusukan anak. Jika hukm mewajibkan mereka mengganti puasa yang tertinggal, akan terjadi suatu keberatan terhadap mereka, sedangkan Islam agama rahmat dan mudah dihayati.
Bagi ibu-ibu yang tidak kerap bersalin atau yang jarak kehamilannya jauh, seperti kebanyakan wanita moden yang tinggal di kota atau yang hamil hanya sekali atau dua kali sahaja seumur hidupnya, saya berpendapat lebih baik bagi mereka menggantikan puasanya, kerana tidak cukup alasan baginya untuk membayar fidyah sahaja tanpa puasa. Kelonggaran hukum hanya dipertimbang bagi mereka yang menanggung beban dan kesulitan sahaja.
Dalam kesempatan ini saya ingin menasihatkan, khususnya terhadap kaum wanita yang ada menaggung puasa wajib yang belum digantikan, hendaklah menggantikannya dengan segera, kerana setiap orang tidak mengetahui apa akan terjadi pada masa-masa akan datang. Jika hutang sesama manusia menghalang roh seseorang untuk mendapat balasan baik di akhirat, hingga hutang diselesaikan, maka hutang puasa yang merupakan salah satu rukun Islam, lebih wajar disempurnakan dengan segera. Wallah A`lam
(sumber dari :http://www.drhayei.com/2010/08/hukum-puasa-ibu-hamil-pada-setiap-tahun.html)

tak pon...

sila rujuk
http://www.e-fatwa.gov.my/jawatankuasa-fatwa-majlis-kebangsaan-bagi-hal-ehwal-ugama-islam-malaysia

haaa simple kan...

Ikutlah mana yang sesuai ngan situasi kita pada masa ni.... gunakan nasihat pakar ok...

sebenarnye perkara ni leh kita guna untuk memberi jawapan pada org bukan islam... pasalnye selalu aku dengar dorang ni tanye kalau tak puasa tu cam ne? kene ganti ke? kalau bersalin cam ner lak... kalau period cam ne lak... menyusu cam ne lak... penat cam ne lak... sakit cam ne lak... semua nk tahu kan... sibuk je... hehehehe...... :)

"ini adalah perkara yg biasa berlaku apabila umat Islam (ya, itu termasuk kita semua) tidak memahami syahadatul haq (penyaksian sebenar).. di akhirat kelak, mereka yg diazab akan menyalahkan orang-orang Islam yg gagal menunjukkan kesempurnaan Islam kepada mereka... Ini adalah penyakit masyarakat... di samping doa kpd Allah agar mereka ini diberi hidayah, adalah lebih patut lagi kita berdoa kita semua turut diberi hidayah oleh Allah s.w.t. agar dilindungi drpd syirik, dan dikurniakan keimanan yg tinggi agar kita termasuk dlm golongan yg boleh menjawab di hadapan Allah s.w.t. kelak " Ya Allah, aku termasuk dlm golongan org yg memperjuangkan Islam meskipun Islam belum menang sewaktu aku masih hidup, oleh itu bebsakanlah aku drpd tuduhan orang2 musyrikin"
kita akan dipersalahkan kerana Islam lemah... semua umat Islam adalah berdosa kerana lemahnya Islam.. ini adalah pandangan al-maududi... bukankah Islam itu agama Allah? jadi adalah tidak layak agama Allah itu berada dalam keadaan lemah... lemahnya Islam akan menjadi alasan orang kafir (dan murtad) utk tidak menyertai Islam, dan ini akan menjadi dosa di akhirat kelak..."

- kata-kata Muhammad Nazril Laharadi

sharing is caring by iNs

No comments:

Post a Comment